PRU BALINGIAN RAMAI YANG TAK FOCUS SANGAT SEBAB SEMUA ORANG TAU KM BARU SARAWAK SOMBONG, BONGKAK DAN BESAR DIRI, ANDAINYA BN MENANG SEKALIPUN SEMUA ORANG TAU SARAWAK ADALAH NEGERI PENGAMAL POLITIK KUKU BESI
- Pak Karamu
Keputusan PRK Balingian dijangka 8 malam esok
MUKAH - Keputusan PRK Balingian dijangka akan diketahui paling awal
pukul 8 malam dan selewat-lewatnya pukul 9 malam esok, menurut SPR.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR juga menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 13,233 orang yang layak mengundi di kawasan itu.
Sebanyak 21 pusat pengundian dibuka serentak pukul 8 pagi esok, sembilan daripadanya akan ditutup pukul 4 petang, enam lagi pada 3 petang, empat pusat pengundian ditutup 5 petang dan dua pusat pengundian pada pukul 2 petang.
"Bagi pusat pengundian yang ditutup pukul 2 petang saya perlu ingatkan pengundi supaya datang awal," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian berlaku setelah penyandang yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan untuk dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri.
Pada Pilihan Raya Negeri 2011, Taib mengekalkan kerusi itu dalam persaingan tiga penjuru menewaskan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi. Jumlah peratusan mengundi ketika itu ialah 69.98 peratus .

PRK Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon
Barisan Nasional (BN) iaitu bekas Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo,
48, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang, 55, yang bertanding
di bawah tiket PKR.
Abdul Aziz berkata proses pengundian awal bagi pengundi awal dalam PRK Balingian pada 25 Mac telah berlangsung dengan 132 atau 99.25 peratus mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah.
Beliau menasihatkan pengundi supaya datang awal dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti Mykad atau jika kehilangan Mykad boleh menggunakan dokumen pengenalan diri sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau menggunakan pasport dan lesen memandu sebagai bukti sahih pengenalan diri.

"Saya yakin proses pengundian berjalan lancar esok kerana tiada laporan
polis dibuat sepanjang tempoh kempen 12 hari," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment