Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SOALAN BERNAFAS DALAM LUMPUR BAGI UMNO

Isnin, 31 Mac 2014

Kenapa Umno tidak pernah membawa usul hudud ke dalam parlimen?

Kenyataan AMT Umno tersebut, hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu hudud. 

Asyraf Wajdi DusukiPETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi  (AMT) mno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki  (gambar) yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini disifatkan sebagai  bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat di mana beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), Ahmad Fadhli Shaari, kenyataan AMT Umno tersebut, hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini.

“Adakah beliau sedar bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul,

“Ia berbeza dengan menteri yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk proses memohon keizinan untuk membentangkan rang undang-undang,” katanya.

Jelasnya, hal ini menunjukkan bahawa Umno selaku parti tunjang kerajaan lebih berkuasa untuk membentangkan draf undang-undang hudud atau sekurang-kurangnya membuat pindaan perlembagaan bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri diperluaskan.

Ahmad Fadhli turut mempersoalkan kenapa Umno tidak pernah membawa usul hudud ke dalam parlimen.

“Adakah hudud hanya menjadi kewajipan PAS sahaja dan tidak Umno atau dalam erti kata lain, adakah Umno juga merupakan parti yang dianggotai oleh orang Islam?” Soalnya.

Jelasnya lagi, pada 25 Mac 1988, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sekarang Presiden PAS) pernah mengemukakan usul membincangkan gejala murtad di Parlimen, tetapi usul itu ditolak daripada dibincang.

Selepas itu, sekali lagi pada 2 November 1999, beliau juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Pada Mac 2006 pula, Salahuddin Ayub (pada masa itu Ahli Parlimen Kubang Kerian) mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

“Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah,

“Lebih terjamin sekiranya draf undang-undang hukuman hudud ini dikemukakan oleh pihak yang mempunyai kuasa sekarang, iaitu Umno,” Tambahnya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Fadhli menggesa kerajaan negeri Kelantan agar mempercepatkan pewartaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

“Pewartaan ini sangat penting sebagai menandakan langkah ke depan di dalam pelaksanaan hudud,” ujarnya.

Malah, beliau turut yakin terhadap komitmen yang diberikan oleh kerajaan negeri Kelantan dalam pelaksanaan undang-undang ini.

Justeru, ahli-ahli parlimen PAS juga khususnya perlu digerakkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu usul pindaan perlembagaan secepat mungkin bagi memberikan laluan ke arah pelaksanaan undang-undang ini khususnya di Kelantan.

“Sesungguhnya langkah seribu bermula dengan langkah pertama, namun, bagaimana mahu melangkah seribu jika berhenti selepas beberapa tapak melangkah?” Soalnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.