Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Chew Mei Fun dilantik pegawai khas Malaysia ke China - Liow
pada 01-04-2014 08:04 

Post Pic

KUALA LUMPUR :  Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu dengan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
 
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu dibuat oleh jemaah menteri dalam mesyuarat mingguannya baru-baru ini bagi memastikan wakil kerajaan Malaysia yang fasih berbahasa Mandarin mengendalikan urusan dengan anggota keluarga penumpang warga China.
 
"Difahamkan (Chew) Mei Fun bersama-sama dengan delegasi yang diketuai Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin serta anggota Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) berlepas ke China untuk bertemu anggota keluarga semalam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.
 
Liow berkata selain menghantar wakil untuk bertemu anggota keluarga penumpang, pihaknya akan bekerjasama dengan pemimpin pelbagai agama untuk menganjurkan majlis keagamaan bagi mendoakan misi mencari dan menyelamat MH370.
 
"Kami juga menghantar pasukan CRSM untuk membantu dan menjaga semua anggota keluarga penumpang MH370 ke semua hotel yang menempatkan mereka, terutamanya dari China," katanya.
 
Ditanya mengenai kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang, Teng Chang Khim daripada DAP yang mempersoal pelantikan Chew ke China setelah tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac lepas, Liow berkata Pakatan Rakyat (PR) sering mempolitikkan banyak isu terutamanya MH370 bagi mencapai agenda mereka sendiri.
 
"Pelantikan Chew ke China adalah tugas yang mulia dan amat dititikberatkan oleh kerajaan dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang MH370.
 
"Pakatan (Rakyat) bukan sahaja mempolitikkan isu ini, malah banyak lagi isu-isu lain yang melibatkan rakyat juga sering dipolitikkan bagi mencapai agenda mereka," katanya.
 
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
 
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
 
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 itu "berakhir di selatan Lautan Hindi"

 Tak adakah wanita-wanita Cina NGO yang bukan dari kalangan politik untuk dilantik,, apa tujuan sebenarnya dengan melantik Naib Presiden MCA,, apakah untuk melindungi Najib menjadi agenda utama?..

Nak tanya,, dimana perginya mantan Presiden MCA Ong Ka Ting,,


najib dah lantik mangkok ni sebagai Duta Khas Ke Negara China yang bertaraf menteri, sama seperti dengan Samy Velo, Duta Khas Ke India.

kenapa dia diam senyap sepi,, apa kerja yang dia buat dalam hal MH 370 ni,, makan gaji buta ajalah setiap bulan... Lantik Nyonya Ciew Mei Fun pulak,, perabih lagi duit rakyat... 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.