28/03/14
KM baru Sarawak sombong
Naib
Presiden KEADILAN, N Surendran berkata Ketua Menteri Sarawak yang baru,
Tan Sri Adenan Satem seorang yang sombong kerana sekat pemimpin KEADILAN
masuk ke negeri itu dan secara terang-terangan melanggar Akta Imigresen
dan Perlembagaan.
Ia berikutan Setiausaha Agung KEADILAN,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi
Ramli dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua disekat dari masuk ke Sarawak
pada 25 Mac lalu.
“BN jelas menggunakan Akta Imigresen
bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan
tidak menghormati proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Surendran, ketiga-tiga mereka
adalah pemimpin KEADILAN yang meletakkan calon Abdul Jalil Bujang dalam
pilihan raya kecil di Balingian, mereka mempunyai hak mutlak di bawah
undang-undang untuk memasuki Sarawak dan mengambil bahagian dalam kempen
pilihan raya.
“Najib, Adenan Satem dan BN perlu
menghentikan taktik kotor dan tidak sah, pilihan raya ini perlu bebas
dan adil,” seru Surendran.
Menurutnya, Kerajaan Sarawak sengaja
melanggar seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan ia tidak boleh menafikan
kemasukan sesiapa sahaja yang ingin memasuki Surennegeri untuk
melibatkan diri dalam aktiviti politik yang sah.
“Kerajaan Sarawak dan BN tidak tahu
secara jelas Akta Imigresen dan bertindak tanpa mengambil kira
undang-undang yang sah.“Ia juga melanggar Perkara 9 (2 ) Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin kebebasan bergerak.
“Kuasa ini mesti dijalankan dalam
Persekutuan Perlembagaan yang ditetapkan dalam Perkara 9 ( 3) Akta
Imigresen dan Perlembagaan,” tegas Surendran.
0 orang berkata:
Post a Comment