Jawatan MB: Khalid bidas pemimpin PKR
SHAH ALAM - Pertukaran posisi menteri besar bukan semudah dijangka
kerana ia membabitkan sistem monarki beraja yang dipraktikkan negeri,
demikian reaksi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang sebelum ini menyebut posisi itu akan bertukar dalam menjayakan misi Langkah Kajang telah mencetuskan persoalan dari pihak istana.
"Pegawai istana bertanyakan saya perkara ini (tukar menteri besar) sama ada mereka ini (Azmin dan Zuraida) arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri.
"Oleh sebab itu, saya rasa perbincangan melibatkan kerusi menteri besar mesti mengambil kira peranan PR dan peranan Sultan. Kena faham dulu semua perkara bertindak," katanya ketika sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa PR berhak untuk mengadakan perbincangan dalam setiap perkara namun mereka perlu faham praktis sistem monarki dan enakmen negeri.
Kemenangan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Dun Kajang 23 Mac lalu menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi dilihat bakal menggantikan posisi Khalid dan dengan kedudukan itu sebagai batu loncatan PR menawan Putrajaya.

0 orang berkata:
Post a Comment