Tanda Tanya!!! 48 Ahli Keluarga Penumpang #MH370 Di Bawa Ke Lokasi Rahsia, Kenapa? Jom Terjah!!!
2:15 PM
No comments
SUBANG
- Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370
yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS
telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi
tadi.
Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.
Kelihatan anggota keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.
Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.
Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.
Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

0 orang berkata:
Post a Comment