Pihak terdesak cuba tabur fitnah isu BR1M
TANJONG KARANG - Tindakan segelintir pihak cuba menabur fitnah
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 disifatkan sebagai
terdesak untuk menjejaskan imej Kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, penerima bantuan BR1M ini berbeza-beza mengikut kategori yang ditetapkan, seperti mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 akan menerima RM650 termasuk RM50 berbentuk insurans.
Menurutnya, bagi yang berpendapatan RM4,000 ke bawah pula layak menerima RM450 manakala bagi golongan bujang yang berpendapatan RM2,000 pula berhak menerima RM300.
“Mungkin ada di antara mereka masih tidak faham mengenai agihan BR1M mengikut kategori sebab masing-masing menerima jumlah yang berbeza, namun saya kesal isu ini sengaja diputarbelitkan segelintir pihak.
“Saya ingin menasihatkan mereka yang berdepan masalah seperti bantuan BR1M tak masuk akaun, boleh terus berhubung dengan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran untuk rujukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut rungutan rakyat melalui laman sosial Facebook yang mendakwa tidak menerima jumlah bantuan BR1M melalui akaun bank seperti yang dijanjikan.

0 orang berkata:
Post a Comment