PR kecam hukuman mati 529 penyokong Mursi
SHAH ALAM - PR mengecam tindakan Kerajaan Mesir yang menjatuhi hukuman
mati terhadap 529 penyokong bekas presiden, Mohamed Mursi, baru-baru
ini.
Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan berat membabitkan hukuman mati perlulah dilakukan dengan teliti dengan mengambil kira semua keterangan dan bukti yang kukuh.
"Cara mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ini dengan pantas tanpa memberi peluang untuk peguambela membentangkan kes mereka adalah satu salah laksana keadilan yang besar.
"Hakim tersebut tidak menjalankan proses kehakiman dengan sempurna dan adil terhadap penyokong Mursi terutamanya pihak Ikhwanul Muslimin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan mahkamah Mesir menjatuhi hukum mati terhadap 528 penyokong Mursi selepas disabit kesalahan membunuh anggota polis dan melakukan serangan terhadap penduduk dan harta benda awam.
Mereka adalah sebahagian daripada 1,200 penyokong Mursi termasuk pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin.
Tambah Nik Nazmi, warga dunia tidak boleh berdiam diri atau mengambil sikap dwi-standard terhadap pencabulan hak asasi yang begitu serius ini.

0 orang berkata:
Post a Comment