Banjir: Polis Kelantan nafi pengisytiharan darurat
KOTA BHARU - Setakat jam 12.30 tengah hari, hari ini, polis Kelantan
menafikan pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda
negeri ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebaliknya berita darurat yang tersebar tersebut adalah palsu.
"Keadaan masih terkawal dan orang ramai tidak harus panik kerana dalam masa sama pihak kami bertungkus lumus menjalankan bantuan menyelamat mangsa-mangsa banjir," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, tadi.
Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran mesej tidak benar kerana boleh memburukkan lagi keadaan.
Menurutnya, pengisytiharan darurat itu juga hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan bukan PDRM.

0 orang berkata:
Post a Comment