Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NANTI KAT AKHIRAT TENGGELAM DALAM API, PILIH MANA MAU ?

Pas, DAP akan 'tenggelam' jika bincang soal hudud

  •  Mustafa Ali - Foto Sinar Harian Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
1 / 1
KUALA LUMPUR - "Kami tidak mahu bertengkar mengenai hukum hudud, nanti kedua-duanya (Pas dan DAP) tenggelam dalam banjir," kata Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Demikian menurutnya ketika pemberita cuba mengajukan soalan mengenai hukum hudud yang cuba dipolitikkan ketika Kelantan dilanda banjir besar ketika ini.

Mustafa dengan nada sinis mahu perkara itu dilupakan seketika kerana pihaknya mahu menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas seperti di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub merakamkan penghargaannya kepada banyak pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di empat negeri terbabit.

Salahuddin berkata, sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun makanan serta kelengakapan lain sedikit sebanyak dapat melegakan penderitaan banjir.

"Pada saat ini, kita perlu mengetepikan perbezaan ideologi politik dan kita menyambut baik bantuan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM1 juta dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula RM1.5 juta," katanya.

Ditanya mengenai bantuan kecemasan yang diumumkan kerajaan Pusat baru-baru ini, Mustafa berkata pihaknya tidak maklum sejauhmana ia diagihkan sama ada terus kepada kerajaan negeri atau sebaliknya.

"Kalau boleh kami mahu lebih banyak dana namun peruntukan RM50 juta yang diumumkan kerajaan tidak pula kami ketahui beritanya," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa juga berkata, pihaknya tidak pernah mendapat dana yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah banjir khususnya di Kelantan menyebabkan projek tebatan Sungai Golok gagal mengawal banjir apabila musih tengkujuh.

"Setahu saya dana itu tidak pernah cukup untuk selesaikan masalah ini (banjir).

"Projek tebatan Sungai Golok hanya dibuat di sebelah Thailand sahaja.

"Perkara ini banyak kali disuarakan Ahli Parlimen Kelantan dari Rantau Panjang dan Tumpat dalam setiap sesi sidang Dewan Rakyat," katanya lag

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sekiranya PAS menyertai BN, bantuan kewangan untuk projek tebatan banjir untuk seluruh Kelantan akan segera sampai

Anonymous said...

Itulah BN ....bantu mesti bersebab.....sedangkan semua duit rakyat. Najib bercuti pun bersebab....ada untung BN tolong....tara untung BN potong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.