Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NILAI RM TURUN, SINGAPURA BOLEH TAMBAH ASET ?

Apa Dah Jadi!!! Nilai Ringgit Dalam Arah Aliran Menurun Terbesar Berbanding Zaman Gawat 1997-1998. Jom Terjah!!!




KUALA LUMPUR:Nilai mata wang Ringgit hari ini dilihat bergerak kearah trend menurun terbesar berbanding dengan Dolar Amerika sejak krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998.

Perkara ini terjadi berikutan kebimbangan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak dunia yang melihat harga pasaran minyak yang semakin merudum.

Ringgit menyusut sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding satu dolar Amerika pada jam 10.38 pagi tadi.

Selain itu menurut data yang diperolehi dari Bloomberg, ringgit dilihat telah menurun dengan nilai yang terbesar dalam masa 2 hari iaitu 2.3% lebih teruk dari penurunan sejak jun 1998 sebelum Tun Mahathir membuat keputusan membuat tambatan ringgit.

Pagi tadi harga minyak dunia susut 2.3% iaitu paras terndah sejak lima tahun.

Menurut pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji berkata, Malaysia adalahs ebuah negera yang paling terjejas dengan penurunan harga  minyak sekarang.

"Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini," katanya.

Kehilangan potensi pendapatan bakal menyukarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus pada tahun 2015 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 3.5 peratus tahun ini
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.