• Jabatan Meteorologi Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
1 / 1
KOTA BHARU - Pengarah Metreologi Kelantan, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi meminta rakyat Kelantan berwaspada hujan monsun beserta angin kencang dijangka bermula esok (29 Disember) hingga 31 Disember ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, hanya sedikit sahaja fenomena itu diramal berlaku di negeri ini dan ia lebih kepada Pahang dan Johor timur.

"Amaran kuning dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia yang mana kita menjangkakan ia berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

"Keadaan semasa kali ini yang mana hujan lebat sudah berlaku di sebelah Pahang.


"Keadaan ini akan berlaku di negeri ini, namun tumpuannya dijangka berlaku di sebelah Pahang dan Johor timur," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh merujuk kenyataan itu pada laman website yang disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Maqrun Fadzli menafikan viral di Facebook dan aplikasi WhatApps yang seolah-olah menakut-nakutkan masyarakat mengenai ribut yang kuat.

"Semenangnya hujan pada musim tengkujuh adalah angin monsun dari China. Fakta itu ada tetapi ia telah ditokok tambah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

"Jabatan Meteorologi hanya meramalkan bagi membolehkan rakyat berwaspada dan setiap fenomena itu bergantung kepada keadaan semasa.

"Kami akan sentiasa mengemaskini keadaan semasa dalam website kami," katanya.