Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU LIANG LAHAD

Jenazah 5 beranak dikebumi dalam satu liang lahad
0
Tragedi air terjun: Imam surau seorang pemurah ilmu
(Dari kiri) Nurul Arifah,16, Nurul Adila @Salawati Awang,39, Abdul Halim Samian,44,Nurul Aina ,11 dan Nurul Izah (hadapan). Walau bagaimanapun anak bongsu, Mohd Hasif, 9 (hadapan) terselamat kerana tidak mandi bersama ahli keluarganya.
 
KUALA NERUS - Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang di sini kira-kira 1.30 pagi tadi. 
 
Jenazah Abdul Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, dan tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung isterinya.

Anak lelaki tunggal pasangan itu, Mohd Hasif, 9, bagaimanapun terselamat.

Jenazah kelima-lima beranak itu sebelum itu disembahyangkan di masjid kampung berkenaan pada 9 malam.

Kerja pengebumian ditangguhkan selepas tengah malam kerana menunggu bapa arwah, Samian Samor, 84, yang tiba pada 12 malam dari Kuala lumpur bersama-sama beberapa saudara mara yang lain manakala ibu arwah Siti Edah Ali, 75, yang tinggal di Johor tiba pada 10 malam. Samian dan Siti Edah telah berpisah.


Sepanjang kerja pengebumian itu, Mohd Hasif, yang trauma dengan nasib yang menimpa keluarganya, sentiasa dipapah dan didakap ibu saudaranya Dr Zabariah Samian, 38.

"Saya menawar diri untuk menjaga Mohd Hasif kerana Mohd Hasif sangat rapat dengan dua anak lelaki saya Abdullah Azam Annur Azalan, 11 dan Abdulah Allef Uddris Azalan, 12.

"Bagaimanapun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan semua keluarga dan kalau dipersetujui saya sanggup menjaganya," kata Dr Zabariah kepada pemberita.

Abdul Halim yang merupakan seorang jurutera mempunyai syarikat sendiri dan juga iman Surau Al-Furqan Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Selangor serta Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Puncak Alam dan pengerusi guru Kafa.

Sementara itu, Samian ketika ditemui pemberita berkata kali terakhir dia berjumpa dengan arwah anaknya itu pada hari raya puasa lepas.

"Saya reda dengan apa yang berlaku kerana ia sudah ditentukan Yang Maha Esa," katanya. - Bernama
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.