Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA TEMPAT MANGSA MENINGKAT


Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai meningkat
Banjir
 
KUALA KRAI - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Jajahan Kuala Krai meningkat kepada 54 orang tengah hari ini berbanding 47 mangsa pagi tadi. 
 
Menurut Portal eBanjir Negeri Kelantan, mangsa terbaharu terdiri tujuh orang daripada sebuah keluarga dari Kampung Olak Jeram di sini, dipindahkan ke Madrasah Mesek, pada 11.59 pagi/

Malam tadi sebanyak 47 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Ghucil 7 di sini, ditempatkan di pusat pemindahan banjir Dewan Pejabat Veterinar Kuala Krai.

Tinjauan di Kampung Ghucil 7 yang terletak di kawasan rendah mendapati masih digenangi air limpahan daripada Sungai Durian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Shahimi Sharif berkata, paras air Sungai Kelantan menunjukkan trend menurun termasuk di Tangga Krai dan Jambatan Guillemard, namun masih di paras amaran.

Shahimi berkata, ini berikutan tiada hujan sejak malam tadi dan cuaca dilaporkan cerah. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.