Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUTUP SEMENTARA

Air Terjun Belukar Bukit ditutup sementara
Air Terjun Belukar Bukit
Foto internet
 
KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu menutup sementara kawasan Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu susulan tragedi lima sekeluarga lemas ketika berkelah di kawasan itu semalam.     
 
Menteri Besar Terenggau Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau telah  mengarahkan Pejabat Daerah Hulu Terengganu menutup sementara kawasan itu daripada dikunjungi orang ramai.    

"Saya turut mengarahkan Pejabat Perhutanan untuk mengenal pasti tempat-tempat rekreasi bagi menghalang sebarang aktiviti air terutamanya pada musim tengkujuh sekarang.    

"Kita juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memberikan cadangan bagaimana sistem amaran kecemasan dapat diwujudkan di

tempat-tempat perkelahan supaya pengunjung dapat mengetahui lebih awal jika berlakunya limpahan air secara mengejut," katanya.    

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Mohd Hasif Abdul Halim, 9, yang selamat dalam tragedi itu.    

Bapanya Abdul Halim Samian, 44, ibunya Nurul Adila @ Salwati Awang, 39 serta tiga kakaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10, lemas semasa mandi manda di kawasan perkelahan itu pagi semalam.    

Keluarga itu tinggal di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.    

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan memasang tanda amaran di  kawasan-kawasan rekreasi seperti yang yang dilakukan di kawasan perkelahan Sekayu, Hulu Terengganu.    

"Di Sekayu, Pejabat Perhutanan telah memasang lima siren kecemasan bagi  memaklumkan kepada pengunjung lebih awal jika sebarang kejadian kecemasan berlaku," katanya.    

Mengenai Mohd Hasif yang yatim piatu susulan tragedi itu, Ahmad Razif  berkata kerajaan negeri bersetuju menjadikannya sebagai anak angkat di bawah kelolaan Yayasan Terengganu (YT) dan memastikannya mendapat pendidikan sempurna selain kebajikannya dijaga sepenuhnya oleh YT.    

"Namun, ia bergantung kepada keluarga bapanya. Jika Mohd Hasif dibawa pulang oleh keluarganya di Selangor, kita tidak dapat berbuat apa-apa," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.