Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Talibarut is ke ?

Warga Indonesia didakwa miliki bahan berkaitan pengganas
Warga Indonesia didakwa miliki bahan berkaitan pengganas
Ihsan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini.
 
PONTIAN - Seorang lelaki warga Indonesia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan memiliki bahan penerbitan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan kumpulan pengganas IS. 
 
Ihsan, 31, didakwa memiliki 196 imej dan 200 video berunsur pengganas dan perbuatan pengganas di dalam sebuah telefon bimbit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Disember di Kampung Parit Abdul Rahman, Benut, pada pukul 12.05 tengah hari.‎

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut jika sabit kesalahan.‎

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun. ‎

Majistret Azlan Bohari menetapkan 28 Januari untuk sebutan semula kes. ‎‎

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.