Tubuh jawatankuasa bincang kos sara hidup
KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi akan ditubuh
bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) tentang isu kos
sara hidup.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut
dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan.
Beliau berkata, menteri terlibat ialah Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed;
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Pendidikan
Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri
Mahdzir Khalid.
"Menerusi jawatankuasa ini, saya akan menjemput pengerusi NGO untuk
menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan
sendiri luahan dan pandangan berhubung isu kos sara hidup," katanya
ketika berucap pada majlis penutupan Deklarasi Prioriti 2016 - Ekonomi
Keutamaan Kita di sini hari ini.
Majlis anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) yang turut
dihadiri Pemegang Amanahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu disertai 50
NGO pelbagai kluster.
Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa itu dijadual bermesyuarat pada awal
Januari depan bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh 50 NGO
berkenaan.
Pada majlis itu, Alimuddin membentangkan enam resolusi yang dicapai NGO
terbabit dan YDSM dalam menangani cabaran ekonomi 2016 termasuk kos
sara hidup.
Resolusi itu adalah memperkasa kemapanan mahasiswa dengan memberi
dorongan dan bantuan yang komprehensif untuk menjadi penggerak dan
penjana utama ekonomi; memperkasa peranan wanita melalui skim latihan
keusahawanan, penubuhan koperasi barang dapur, biro pengurangan beban
hutang keluarga dan institut pembantu rumahbertauliah; serta memupuk dan
meluaskan budaya keusahawanan di semua peringkat termasuk usahawan
seni, budaya, kesihatan dan kecantikan.
Resolusi lain adalah memfokuskan kepada agenda 'satu keluarga satu
usahawan'; memastikan kesejahteraan hidup miskin bandar, miskin tegar,
golongan kelainan upaya dan warga emas; serta melaksanakan pelan
tindakan drastik dalam penguatkuasaan kawalan harga barangan.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Ahmad Zahid berkata jawatankuasa itu
merupakan kesinambungan kepada Jawatankuasa Kabinet Menangani Kos Sara
Hidup yang turut dipengerusikannya.
"Apa yang dibincangkan oleh jawatankuasa peringkat tertinggi ini akan
dibawa ke jawatankuasa kabinet untuk diambil langkah sewajarnya," kata
timbalan perdana menteri.
Beliau bagaimanapun meminta pemimpin NGO dan rakyat memahami faktor
yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seperti
pengangkutan awam serta tol.
"Marilah kita sama-sama tidak menunding jari tetapi sebaliknya mencari
jalan terbaik, apakah cara holistik untuk menangani kos sara hidup.
"Ini tentunya melibatkan perjanjian-perjanjian konsesi beberapa projek
raksasa sebelum ini dan harus dilihat kos sara hidup ini bergantung juga
kepada bahan-bahan import yang secara relatifnya mempunyai hubungan
dengan kos pengeluaran dan kos pengimportan," katanya. - Bernama
1 orang berkata:
hollister canada
ray-ban sunglasses
mulberry handbags
ferragamo outlet
nike outlet store
true religion canada
snow boots
beats headphones
beats headphones
chanel handbags outlet
tommy hilfiger
nike outlet store
michael kors canada
ray ban outlet
ugg boots on sale
kate spade uk outlet
beats by dre
nike mercurial
ugg outlet store
true religion uk outlet
hollister clothing store
ugg boots
prada sneakers
polo ralph lauren
fitflops outlet sale
mm0114
Post a Comment