Isu RM2.6b, SRC: AG tentukan ada kes atau tidak
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AG) pada akhirnya yang akan
menentukan sama ada kontroversi berkaitan isu derma RM2.6b dan SRC
International sejak setahun ini sebagai ada kes atau tidak.
Sehubungan itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M),
Datuk Akhbar Satar berharap penelitian mengenainya dibuat sebaik
mungkin.
“SPRM akan hantar laporan itu kepada AG, jadi biarlah AG yang melihat
kembali dokumen-dokumen itu dan menilai sama ada, laporan itu ada kes
atau tidak.
“Kerana kuasa mendakwa itu di tangan AG, jadi, terserah kepada AG
buatlah dengan telus dan adil,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM sudah berada di peringkat
akhir siasatan dan siasatan kedua-dua kes itu sedang dikemaskini untuk
diserahkan kepada Peguam Negara sebelum 31 Disember ini.
Dalam pertemuan eksklusif bersama Sinar Harian, Ketua Pesuruhjayanya,
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, rakyat Malaysia akan mengetahui
jawapan kepada isu wang derma RM2.6 bilion apabila tiba masanya.
Katanya, walaupun siasatan sedikit terganggu dengan beberapa insiden
seperti yang sudah diketahui umum, namun pasukan penyiasat SPRM dapat
berada pada landasan yang betul dan berjaya melaksanakan tugas siasatan
dengan profesional.
0 orang berkata:
Post a Comment