Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHFUZ HARUM MANIS KENA SAMAN

Mahkamah perintah Mahfuz bayar Hasan Ali RM200,000
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. 
 
Ia berhubung dakwaan kononnya bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu menerima tajaan atau sumbangan daripada Umno- Barisan Nasional (BN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam setiap siri ceramahnya, tiga tahun lalu.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Nor Bee Ariffin, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut diperintah membayar kos RM30,000.

Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 12 April 2012, Hasan mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun sama dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

1 orang berkata:

Unknown said...

Ranum la mempelam harum manis tu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.