PAS jangan terlalu banyak fikir, jangan sakitkan kepala, kebiasaannya PAS sentiasa di tempelak oleh rakannya, CUKUPLAH SUDAH ! Sekarang PAS jangan lagi jadi pondan tua. Andainya PAS nak bertanding maka mereka boleh bertangding, biasanya KEBIADABAN kawan selalu memulakan kerenah terhadap PAS
KERANA ITU , PAS jangan lagi diperbudakkan oleh rakannya, jika boleh putuskan rakan politik tanpa sakitkan kepala, PAS perlu memusuhi rakannya secara sepontan, kerana inilah yang mereka idamkan, CUKUPLAH SUDAH PAS di perbodohkan sedemikian rupa - Pak Karamu
23/12/15
Bagaimana Jika PAS Umum PKR Tiada Pengaruh Di Terengganu ? – Ustaz Saiful
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful Bahari Mamat bertanya apa perasaan PKR jika PAS negeri membuat pengumuman bahawa parti keadilan itu tidak mempunyai pengaruh di Negeri Terengganu.
Pertanyaan itu dilontarkan sebagai
membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
semalam yang mendakwa PAS tiada pengaruh di Sarawak.
“Kalau PAS Terengganu umum juga seperti ini, apa perasaan rakan tahaluf (PKR) ?,” soal Ustaz Saiful dalam Facebooknya hari ini.
Wan Azizah pada sidang media selepas
Mesyuarat Pimpinan Pakatan Harapan semalam mendakwa PAS tidak ada
pengaruh di Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka
Mac depan.
“Saya kira di Sarawak, PAS kurang presence (pengaruh).
“Presence (pengaruh) PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama sebagaimana di Semenanjung,” katanya.
Wan Azizah berkata demikian ketika
ditanya apakah PKR akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan
PAS bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
Mengulas kenyataan itu, Ustaz Saiful berkata PAS bukan ditubuhkan sehari dua ini, tetapi telah ditubuhkan sejak 64 tahun lalu.
Berdasarkan faktor usia dan pengalaman, maka PAS juga ada sokongan di peringkat akar umbi di Sabah dan Sarawak.
“PAS ni bukan baharu tubuh kelmarin… Dah berpuluh tahun di persada Sabah dan Sarawak,”katanya lagi. - AIDCNews
Kenyataan Media Rasmi
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS)
Bertarikh: 22 Disember 2015
PAS SENTIASA RELEVAN KEPADA SEMUA KAUM DAN AGAMA DI SARAWAK, AKAN BERTANDING DI 11 KERUSI DUN
1. PAS Sarawak memandang serius kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail yang dipetik akhbar sebagai berkata “PAS Kurang
Sambutan, Tiada Kerusi Di Sarawak.” Kenyataan tidak demokratik dan tidak
cermat ini sewajarnya tidak dikeluarkan, malah tidak menggambarkan
realiti sambutan PAS Sarawak yang semakin mengukuh di Sarawak.
Sebaliknya, PAS ingin menasihatkan PKR supaya lebih berwaspada dengan
tindakan licik rakannya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP yang baru-baru
ini telah ‘mencuri’ beberapa bekas calon PKR dalam pilihanraya lepas dan
mengisytiharkan mereka menyertai DAP. Bahkan DAP juga bercita-cita
tinggi untuk merampas banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini
dengan mengisythiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi
daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini.
2. PAS Sarawak akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi DUN pada
Pilihan Raya Sarawak yang akan datang termasuk beberapa kerusi bandar
yang biasa ditandingi DAP. Perbincangan kerusi ini tidak tertakhluk
kepada perbincangan dengan Pakatan Harapan kerana PAS bukan sebahagian
gabungan tersebut. Apapun, PAS Sarawak sedia berunding dengan PKR
sebagaimana keputusan PAS Pusat yang masih mengekalkan tahaluf siasi
(kerjasama politik) dengan PKR. Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri
yang lepas PAS telah bertanding di 5 kerusi DUN. Antara kerusi yang
bakal ditandingi oleh PAS dalam Pilihanraya Negeri Ke-11 akan datang
termasuklah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang,
Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi
lagi yang sedang dipertimbangkan.
3. PAS telah mengembangkan sayapnya ke Sarawak seawal tahun 1996 dan
telah bertanding di Bumi Kenyalang ini sejak 2001. PAS kini aktif di 11
kawasan dan mempunyai sekitar 3,000 aktivis yang bersedia bila-bila masa
untuk menghadapi pilihan raya negeri. Program-program PAS di bawah
Projek Untukmu Sarawak (UMS) seperti program kebajikan, kemasyarakatan,
dakwah dan pendidikan sentiasa digerakkan serta mendapat sambutan dari
masyarakat tempatan. PAS di Sarawak digerakkan oleh majoriti anak
tempatan. Tiada isu yang membabitkan PAS Parti Semenanjung kerana PAS
adalah parti yang berasaskan perjuangan Islam untuk semua tanpa mengira
bangsa, agama dan warna kulit. Ini terbukti dengan wujudnya Dewan
Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari mereka yang bukan beragama
Islam dan memainkan peranan yang penting sebagai hubungan antara kaum
dan agama di Sarawak.
4. Oleh itu, tidak benar sama sekali PAS di Sarawak tidak mendapat
sambutan seperti yang dilaporkan oleh akhbar hari ini. Mungkin
disebabkan PAS Sarawak kurang mengeluarkan isu yang kontroversi dan
kurang mendapat liputan media massa maka kegiatan PAS bersama masyarakat
kurang mendapat liputan. PAS Sarawak lebih memberi tumpuan terhadap isu
yang membabitkan masalah rakyat serta melakukan aktiviti kebajikan
bersama rakyat. PAS Sarawak juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada agensi kerajaan yang banyak membantu rakyat setelah masalah
mereka dilaporkan di media massa.
5. PAS adalah Gerakan Islam yang memperjuangkan bukan sahaja agenda
siasah (politik), tetapi turut memperjuangkan dakwah, tarbiyah,
pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Dari segi pendidikan, PAS di
Sarawak terus membina mercu tanda dengan kewujudan 28 Pusat Asuhan Tunas
Islam (PASTI), beberapa institusi pengajian Islam dan pusat-pusat aduan
sosial. Pembangunan masyarakat melalui program-program tarbiyah dan
aktiviti keagamaan juga terus berjalan. Dakwah serta islah berstrategi
dan bersepadu untuk menarik orang Islam dan bukan Islam di seluruh
negara termasuk di Sarawak untuk menyokong Islam yang diperjuangkan oleh
PAS akan terus digarap. Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan kekal
diperkasakan kerana Islam adalah penyelesaian untuk semua.
6. PAS akan terus menyusun dan merencana strategi serta sentiasa
memperjuangkan isu-isu rakyat, nasional dan antarabangsa. Walaupun PAS
Sarawak belum berjaya mendapat sebarang kerusi dalam Pilihan Raya
Sarawak yang lepas, ini bukan bermakna tiada sambutan terhadap PAS
kerana rakyat masih memerlukan PAS untuk menyuarakan masalah mereka
kepada pihak pemerintah. PAS Sarawak akan terus istiqamah hingga
kemenangan dan terus membela nasib rakyat yang tertindas tanpa mengira
bangsa dan agama.
7. In shaa Allah seluruh Pimpinan dan Ahli PAS akan terus turun padang
ke Sarawak bagi membantu persiapan Pilihanraya dengan sasaran untuk
menghantar ADUN Sulung PAS ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Dengan kerja keras dan kerjasama semua, in shaa Allah misi ini akan
mampu direalisasikan dengan izin Allah.
"Untukmu Sarawak"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
Sekian, terima kasih.
HJ JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak
4 orang berkata:
Tak payah gebang lah ustad..kat terganu pun kalah...
Anon 6:31...memang PAS kalah di terengganu tapi PAS pernah memerintah juga diterengganu..pkr apa ada??mb selangor pun atas ihsan dari PAS juga
Anon 6:31 memang bengong.mana dia reti nilai baik buruk.apatah lagi Pas parti yg tak disukai depa.
Kalau umno ikhlas kpd Pas buktikan dlm PRN Sarawak ni PBB beri laluan kpd Pas di 3 kerusi Dun spt beting maro muara tuang dan sama laju.mno boleh menasihati Pbb dlm hal ini
Post a Comment