Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASING-MASING ADA TANGGUNGJAWAB, JALANKAN TUGAS TANPA TUNGGU !

 TAHNIAH PPIM !!!
 
Kes Kota Raya: PPIM jawab isu 'bertindak solo'
Kes Kota Raya: PPIM jawab isu 'bertindak solo'
Serbuan dilakukan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ‎(PPIM) di Plaza Kota Raya, baru-baru ini. - Foto ihsan Utusan
 
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia ‎(PPIM) menegaskan pihaknya bukan bertindak melulu namun kelewatan pihak berwajib didakwa menjadi punca NGO itu kadangkala terpaksa mendahului pihak berkuasa. 
 
Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Muhammad Yusuf Azmi berkata,‎ pihaknya ingin bekerjasama dengan pihak berkuasa namun berlaku beberapa kekangan daripada pihak berkenaan.

"Memandangkan kes ini sudah berlaku dari tahun lepas tiada tindakan dibuat oleh KPDNKK, jadi kami buat keputusan agar bertindak buat pengguna supaya tidak ditindas dan ditipu," katanya 

menjelaskan tindakan NGO itu turun padang membantu mangsa penipuan pembelian telefon pintar di Plaza Kota Raya minggu lalu.

Menurut Muhammad Yusuf, tindakan pihak PPIM itu secara tidak langsung dapat membuka mata pihak yang berwajib.

"Seharusnya pengguna yang ditipu harus dapat pembelaan daripada  pihak berkuasa.

"Malah mereka tidak dibela. Apa yang menyebabkan kami khuatir jika pengguna membuat tindakan sendiri boleh menyebabkan jenayah akan berlaku. Dan mereka ditangkap atas tindakan mereka sendiri," katanya.

Tegas Muhammad Yusuf lagi, tindakan mereka adalah atas dasar untuk membantu pengguna.
"Kami bertindak atas dasar pengguna mendapat pembelaan dan ia  tidak membabitkan jenayah‎," katanya.

Isu Plaza Kota Raya bermula apabila peniaga didakwa menipu pengguna sehinggakan ada yang bertindak di luar batasan iaitu mengurung pengguna yang enggan membeli telefon pintar di kedai mereka.


Sementara pada Ahad, sekumpulan lelaki bertindak menyerang peniaga di Plaza Kota Raya apabila mendakwa peniaga tersebut menipu pembeli.

Kekecohan bermula kira-kira jam 5 petang apabila kumpulan lelaki tersebut bertindak memukul enam peniaga menggunakan kerusi dan peralatan keras.

Kumpulan tersebut bersama tujuh mangsa yang dipercayai ditipu peniaga di sana datang untuk menuntut kembali wang daripada pemilik premis berkenaan bernilai hampir RM10, 000.

Menurut ketua kumpulan itu, pihaknya tidak mempunyai niat untuk menyerang peniaga sebaliknya datang untuk menuntut kembali wang setelah tujuh mangsa tersebut dikatakan ditipu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.