Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA ADA YANG KAYA SEKARANG, SEMUA DAH MISKIN. KALO PAKAT MINTA SEDEKAH AMCAM ?

Golongan kaya perlu bantu rakyat bawahan
0
Sara hidup
 
SHAH ALAM - Golongan berada disaran membantu golongan bawahan di persekitaran mereka menerusi konsep zakat, sedekah dan tanggungjawab sosial korporat dalam menangani tekanan ekonomi sekarang. 
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ia perlu disasarkan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat melibatkan kediaman, keperluan harian dan pendidikan.

“Di saat himpitan kewangan ini tentunya ada golongan yang tidak akan terkesan dengan tekanan ekonomi iaitu golongan berada yang  mempunyai pendapatan melebihi keperluan dan tinggal di pelbagai komuniti kediaman.


“Di mana ada kawasan kediaman golongan bawahan, pastinya akan ada kediaman golongan kaya, sama ada sikit atau banyak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Khairuddin berkata, Islam menggariskan penyelesaian terhadap kemelut ekonomi ummah menerusi beberapa dasar berkebajikan yang diterapkan ke dalam jiwa rakyat.

“Antara hadis riwayat Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda, tidak beriman dengan ku sesiapa yang bermalam dalam keadaan kenyang manakala jirannya kelaparan bersebelahan,” katanya.

Menurutnya, rakyat berpendapatan rendah di negara ini sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi disebabkan oleh inflasi, kenaikan harga barang, penurunan nilai pendapatan boleh guna dan ruang pekerjaan yang direbut oleh lebih dua juta warga asing.

“Di ambang sesi persekolahan baru ini tentulah keperluan persiapan untuk kembali ke sekolah sangat diperlukan oleh warga marhaen. Golongan berada perlu digesa untuk tampil membantu masyarakat sekitar.

“Kerajaan boleh berperanan melakukan kempen berbentuk kesedaran tanggungjawab sosial ini menerusi pelbagai media milik kerajaan. Malah insentif baru boleh disediakan oleh kerajaan di samping pemotongan cukai sedia ada bagi mereka yang membantu himpitan kewangan masyarakat,” katanya.

Khairuddin berkata, sekiranya kesedaran itu dikempen secara berkala dan bersasar, ia mampu meringankan sebahagian bebanan fiskal kerajaan persekutuan atau negeri untuk jangka masa panjang.

“Inilah antara konsep yang diterapkan oleh Rasulullah SAW kepada hartawan negara sehingga kerajaan tidak perlu menampung begitu banyak keperluan pengurusan negara dan menyerahkan sebahagiannya untuk dipenuhi oleh rakyat yang mempunyai lebihan perbelanjaan,” katanya.

Jelasnya, sumber fiskal negara hari ini terlalu bergantung pada konsep percukaian lebih daripada 70 peratus bagi membiayai bebanan pengurusan negara.

“Berdasarkan konsep percukaian, pendapatan si kaya diambil secara paksa dengan kadar yang tinggi untuk ditabungkan sebelum diagihkan semula kepada rakyat menerusi perbelanjaan negara. Dalam proses itu berlakulah kebocoran dan ketirisan apabila diurus oleh 'tangan-tangan' yang kurang beramanah,” katanya.

2 orang berkata:

PROGRAM DANA GAIB said...

Assalamu alaikum..
Saya ingin berbagi cerita kpada anda semua bahwa duluhnya saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel, Tapi sekarang saya sudah percaya karna saya sudah buktikan sendiri..
saya sekeluarga mengucapkan banyak terima kasih kepada mbah wirang karna nomor togel 4D yang mbah berikan alhamdulillah ternyata benar2 terbukti tembus ,
Jika anda butuh angka togel 2D/3D/4D/6D silahkan telpon mbah wirang di ((082346667564)) demi allah demi tuhan ini kisah nyata dari saya

; KLIK KHUSUS TOGEL 2D 3D 4D 6D

mmjiaxin said...

hollister canada
ray-ban sunglasses
mulberry handbags
ferragamo outlet
nike outlet store
true religion canada
snow boots
beats headphones
beats headphones
chanel handbags outlet
tommy hilfiger
nike outlet store
michael kors canada
ray ban outlet
ugg boots on sale
kate spade uk outlet
beats by dre
nike mercurial
ugg outlet store
true religion uk outlet
hollister clothing store
ugg boots
prada sneakers
polo ralph lauren
fitflops outlet sale
mm0114

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.