Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kehilangan besar buat pimpinan ulama, kata Hadi

  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
KOTA BHARU - Pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kehilangan besar kepada pimpinan ulama dan arena politik negara, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun beliau berkata, Pas akan meneruskan perjuangan parti meskipun kehilangan Allahyarham.

"(Pemimpin) Yang pergi (meninggal dunia) akan berganti, tetapi tidak mungkin sama dengan yang telah pergi," katanya ketika menziarah jenazah Nik Aziz di Masjid Pulau Melaka di sini.

Antara pemimpin pembangkang yang turut menziarah ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, jasa dan pengorbanan Nik Aziz akan sentiasa dikenang kerana beliau merupakan pendokong penubuhan PR.

Beliau melahirkan rasa kagum dengan kehidupan sederhana yang diamalkan bekas menteri besar Kelantan itu dan berkata ia wajar dijadikan teladan buat semua.

"Saya mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan takziah ke atas keluarga beliau.

"Kehilangan pemimpin Pas tersohor ini sememangnya kami rasai kerana dia disegani semua lapisan masyarakat baik pemimpin besar termasuklah bukan Islam," katanya.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, Allahyarham Tok Guru merupakan seorang ketua yang hebat serta disegani semua pihak dan pemergiannya merupakan  satu kehilangan besar.

Allahyarham meninggal di kediamannya di Pulau Melaka pada pukul 9.40 malam tadi. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.