JIKA DI DALAM PAS ADA BERBAGAI-BAGAI RAGAM MAKA ITU BIARKAN, ASALKAN RAGAM ITU TETAP ATAS DASAR PARTI, AHLI PAS YANG MATANG BERFIKIR JANGAN SAMPAI MENGIKUT TUDINGAN JARI DARI LUAR JAMA'AH, JANGAN DI LEMBUKAN OLEH GEMBALA PENYAMUN DAN JANGAN JUGA MENJADI ALAT KEPADA PENCANDU KEDUNIAAN, UMPAMA MEREBUT BANGKAI YANG SUDAHPUN MENJADI BANGKAI
DI DALAM PAS TIDAK ADA GOLONGAN GOLONGAN YANG DI ISTILAHKAN OLEH MALAUN-MALAUN YANG TIDAK FAHAM DENGAN ALIRAN KEHIDUPAN SEBAGAI KHALIFAH YANG ALLAH TETAPKAN, MEREKA MENGUJUDKAN GOLONGAN-GOLONGAN TERTENTU DI DALAM PAS SEBENARNYA ADALAH GOLONGAN SEKULAR YANG MENJADI HANTU POLITIK KEPADA PAS, TUJUANNYA SAMA DENGAN NIAT ORANG ISRAIL YANG BERAGAMA YAHUDI
ORANG YANG IKHLAS ATAU AHLI PAS YANG IKHLAS MEREKA TIDAK AMBIL POT DENGAN PUCUK PIMPINAN AKAN TETAPI MEREKA AMBIL POT TENTANG DASAR PARTI, BIASANYA DASAR PARTI INILAH YANG MENYEBABKAN BERLAKU PEPERANGAN MULUT SEHINGGA MENJADI MEMBUSUK, SEBENARNYA ORANG BUKAN AMBIL KIRA SANGAT TENTANG PIMPINAN AKAN TETAPI MEREKA YANG MEMERANGI PAS IALAH KERANA DASARNYA TAPI DI TUJUKAN KEPADA PIMPINAN PARTI ITU KONON TIDAK MAHU BEKERJASAMA, INI SEMUA AKAL YAHUDI DAN NASRANI
KERANA ITULAH ADA DI ANTARA MANUSIA APABILA PAS NAK BENTANGKAN ANEKMEN HUDUD MEREKA NAK TENGOK ANAKMEN ITU DAHULU, PADA HAL MEREKA BUKAN TAK TAHU APA ITU HUKUM HUDUD, INILAH SEBENARNYA KERJA KAUM YANG DI LAKNAT OLEH TUHAN yang senada dengan amalan syaitan dan iblis - Pak Karamu
Friday, February 27, 2015
Siapa calon Presiden PAS menentang penyandang?
Gambar sebagai hiasan: TGHH menjamu selera, nasi berlaukkan ikan bilis dan sardin
LEMBUT TAPI LICIK
Makin dekat dengan Muktamar PAS,
suhu politik PAS khasnya dan Malaysia amnya semakin naik walapun ianya
tidak sampai ke tahap suhu mendidih, tetapi sediki sebanyak bahangnya
sudah terasa di kalangan ahli.
Perlembagaan PAS meraikan pertandingan dalam apa jua jawatan samada dalam Cawangan, Kawasan membawalah kepada PAS Pusat.
Kebanyakan Cawangan telah pun
mengadakan Mesyuarat Agung. Saya menjangkakan bayang-bayang siapa
bertanding Presiden, Timbalan Presiden, AJK PAS Pusat, Pengerusi Tetap,
Timbala Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan sebagainya
mula nampak jalurnya apabila Kawasan menjemput pimpinan PAS peringkat
tertinggi merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan masing-masing.
Pencalunan untuk jawatan tertinggi
dalam PAS akan lebih jelas apabila Kawasan membuat pencalunan dan
beruntunglah nama-nama yang naik menjadi perwakilan ke Muktamar PAS
Pusat kerana undi berada di tangan mereka.
"Perang saraf" telah lama berlaku dalam mencari kaedah untuk menurunkan TGHH dari kerusi Presiden.
Ianya sudah tidak mengambil
perkiraan samada secara berhemah, secara halus tetapi racun yang ditusuk
akan meresap ke dalam sanubari penyokong dan pendokong, secara kurang
ajar, secara kasar dengan secara menyentap, menanduk dan sebagainya.
Jawatan Presiden dan Timbalan
Presiden menjadi tumpuan penganalisa politik tanahair samada musuh PAS
atau dikalangan pendokong dan penyokong PAS sendiri.
Kedua-dua jawatan itu akan menentukan halatuju PAS selepas ini dengan dibantu dengan saf kepimpinan dari AJK PAS Pusat.
Kalau dulu jawatan Presiden dan
Timbalan Presiden bergerak seperti aur dengan tebing, akrab seperti isi
dengan kuku, berhujah saling 'compliment' yakni saling cukup-mencukupi
di antara satu sama lain dengan sumbangan dari saf AJK PAS Pusat, tetapi
sekarang ia sudah tidak menjadi rahsia lagi, ia sudah terang dalam
limpahan cahaya lampu limpah sehingga kilauannya menjadi silau kepada
ahli akar umbi.
Ini bukan masalah perselisihan
pendapat, ini bukan masalah demokrasi dalam parti, ini bukan isu
meraikan pertandingan, ini sudah menjadi isu lebih dari 'personal
grudge' di antara mereka yang mem'benci' Presiden, yakni secara
directnya, mereka sudah "benci" dan "tawar" hati untuk berjuang
mengakkan Islam, samada mereka itu sememangnya 'munafik haraki' yang
ditanam oleh musuh PAS atau mereka bercita-cita besar untuk kepentingan
diri sendiri kerana kilauan 'ghanimah' yang menunggu mereka atau pun
mendapat 'suntik'kan semangat dari rakan-rakan kongsi lain.
Mereka mendapati sosok Presiden PAS
sekarang yakni TGHH sudah menjadi 'stumbling-block' laksana yang
merencatkan 'Langkah Putrajaya', yakni yang membantutkan perjalan ke
Putrajaya kerana 'kilauan -emas' 'ghanimah' yang perlu di'faraid'kan
segera.
Maka berbagai-bagai cara akan
dilontarkan, akan ditembak bak machine-gun, akan di panah dengan panahan
arjuna beracun, akan di'santau'kan secara lembut agar penyokong dan
pendokong tegar akan berfikir 'betul jugak nih'....'lojik jugak
nih'....apabila perasaan itu sudah wujud, maka apabila calon baru
Presiden di jelmakan, maka perwakilan sudah berbelah bagi.
Saya menjangkakan mereka akan
meletakan calon 'proksi' seorang Ulamak yang boleh diterima oleh
perwakilan sebagai calon. Mereka akan menggunakan Ulamak ini sebagai
'kuda tunggangan untuk melempiaskan nafsu serakah mereka. Figura yang
tersangat menginginkan jawatan Presiden saya percaya dia tiada 'guts'
untuk melawan atau berlawan kerana khuatiri karier politiknya mati dan
tenggelam seperti Firaun tenggelam di laut merah.
Apabila ini berlaku maka corak dan
halatuju PAS akan bertukar rupa, Perlembagaan PAS akan bertukar corak,
percayalah kemudian daripada itu jenama PAS hanya pada kulit, tetapi
isinya sudah menyamai dengan parti-parti politik yang lain seperti UMNO,
PKR, DAP dan sebagainya.
al-brangionline:
Ini bukan dongeng "Penyamun Tarbus"......
2 orang berkata:
Bagi yang kemaruk kuasa..ambilah jawatan peresiden ni,bagi kami allah yg satu. Manusia dgn nafsu xdpt dipisahkan kecuali mati. Ambil lah harta dunia ini,kerja lah harta dunia ini.sebab kita xboleh lari dari mati,lambat dgn cepat sahaja, kita akan tengok disana hari yg ditunggu hari kebangkitan serta pembalasan,dan tiada siapa dpt lari semua sama saja kecuali kekasih allah.. Haha kita tunggu..
Bagi yg layak boleh la pegang presiden....kalau baca muqaddam pun masih telo tak yah dok mimpi....berikan pada yg layak.....yg ngaji sekular pun kena faham la...dia tak layak pegang presiden pas...presiden pkr @ dap@umno boleh la.
Post a Comment