Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BERADA DI DALAM PAS MAKA BELAJARLAH PADA DASAR PARTINYA DENGAN BAIK


POLITIK MAT SABU MUNGKIN AKAN BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI, DULU KITA SANJUNG CARA DIA BERPOLITIK, DAN DIA MENANG, TAPI KINI CARA DIA BERPOLITIK ADALAH ALA DEMOKRATIK ALIRAN MUDA, RAKUS DAN TANPA AMBIL KIRA DOSA DAN PAHALA, KONON MAHU CEPAT KE PUTRA JAYA, TANPA MENGAMBIL KIRA DASAR PARTI, CUKUPLAH KEPERCAYAAN AHLI KEPADANYA HANYA SETAKAT ITU, ANDAINYA TUAN GURU HAJI HADI MAHU TERUS KEKAL PRESIDEN MAKA TUAN IBRAHIM TUAN MAN BOLEH GANTIKAN MAT SABU, SEMUA INI TIADA HAL.

PAK KARAMU BUKAN NAK SEBUT PASAL ULAMA ATAU TIDAK ULAMA YANG BERADA DI DALAM PAS, SOAL ITU LETAK KEBELAKANG, YANG MENJADI FOKUS SEKARANG IALAH SETAP AHLI PAS WAJIB WALAK PADA PARTI DAN PIMPINAN, INI YANG AGAMA SEBUT DAN MENJADI PANDUAN BAGI ORANG ISLAM DAN PERJUANGAN, JIKA TAK MAHU IANYA MENJADI PEGANGAN MAKA ELOKLAH SERTAI PARTI ATAU KUMPULAN SEKULAR BARAT, YANG MEMBURU KEMENANGAN SECARA BATIL DAN SEMBRONO TANPA MENGHORMATI DASAR PARTI KAWAN, DAN MAT SABU BOLEH BERAMBUUUUUS ! - Pak Karamu

Sunday, February 22, 2015


Ulama tegur Mat Sabu selalu tidak sealiran presiden PAS OLEH DIYANA IBRAHIM

Mohamad Sabu (gambar) ditegur oleh kepimpinan Dewan Ulama kerana beliau dilihat tidak sealiran pendapat dengan Hadi Awang.

Mohamad Sabu (gambar) ditegur oleh kepimpinan Dewan Ulama kerana beliau dilihat tidak sealiran pendapat dengan Hadi Awang.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini ditegur kepimpinan Dewan Ulama kerana beliau sering dilihat tidak sealiran pendapat dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfouz Mohamed berkata, suka atau tidak, Mohamad lebih dikenali sebagai Mat Sabu perlu akur kepada kepimpinan ulama dan menyokong presiden parti.

Bercakap kepada pemberita selepas program Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor, Mahfouz berkata, beliau sememangnya lebih layak menegur Mat Sabu kerana usianya yang lebih tua.

"Saya secara peribadinya perlu menasihati beliau, kerana saya lebih tua daripada beliau. Sekiranya beliau berterusan begini (tidak sependapat) dengan presiden, umum akan menilainya," katanya.

Mahfouz juga menegaskan, kepimpinan Hadi sentiasa relevan dalam parti Islam itu dan sekaligus beliau layak menjadi ketua pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Beliau menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju sekiranya anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, dilantik ketua pembangkang atas faktor usianya yang terlalu muda.

"Saya ada dengar suara mahukan Nurul Izzah menjadi ketua pembangkang. Memang tidak sepatutnya. Dia orang muda, tak seperti Hadi. Beliau lebih berpengalaman lama dalam PAS.

"Jadi, Dewan Ulama setuju sangatlah Tok Guru (Hadi) jadi ketua pembangkang," katanya.

Sebelum ini, timbul cakap-cakap menyatakan hubungan antara Mat Sabu dan Hadi tidak sehaluan seperti ketika krisis Selangor pada Julai lalu apabila Mat Sabu menegaskan keputusan Hadi menyokong bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan pendirian peribadi beliau.

Teguran itu juga dibuat ketika parti Islam itu bakal mengadakan Muktamar Tahunan pada Jun yang menyaksikan pemilihan bagi jawatan tertinggi di peringkat PAS Pusat dan sayap parti bagi penggal 2013-2015.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri ditanya adakah konflik antara presiden dan timbalan presiden itu bakal menjejaskan kedudukan Mat Sabu mempertahankan jawatan nombor duanya dalam parti.

Khairuddin menjawab: "Terpulang kepada ahli. Kita hanya menceritakan siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. Ahli yang tentukan jawatannya, siapa lebih cocok memegang (jawatan) timbalan presiden." – 21 Februari, 2015.  

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.