Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG PENTING PAS PERLU TUMBANG, BARU MEREKA PUAS


JANGAN MAIN SILAP MATA, DI DALAM PAS SUDAH UJUD DENGAN NYATA GOLONGAN  PENCURI YANG MELAUNGKAN ADA PENCURI YANG MENCURI, GOLONGAN YANG MEMUKUL MELAUNGKAN ADA ORANG KENA PUKUL, RAMAI YANG PANDAI BERLAKON MACAM UMNO DAN YANG SENAFAS DENGANNYA, JIKA PERNAH DUDUK DALAM SATU LUBUK, MANA-MANA YANG BERFAEDAH MASIH BOLEH PAKAI LAGI, SEKALIPUN IA BERDOSA, YANG BARU MAHU KENAL POLITIK BAJANG MEREKA AKAN MENJADI BAJANG - Pak Karamu

 

Saturday, February 28, 2015

"Kuasa ketiga" mengotorkan imej PAS?


Kerakusan termakan hasutan kuasa ketiga?

Atau memang agennya sudah terpasang di dalam PAS?

'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS' MK

Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga".

Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".

Beliau tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.