4:33PM - 24 Feb 2015
Keluarga Anwar muncul di Istana Negara
Anggota keluarga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan
mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan
Agong berhubung sabitan kes Liwat II.
Laporan portal themalaymailonline.com menyebut, anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara hari ini bagi mengemukakan permohonan itu.
Menurut laporan itu, isteri Anwar, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seorang anak perempuan mereka, Nurul Nuha Anwar tampil untuk mengemukakan permohonan itu.
Laporan itu memetik kenyataan anak sulung mereka, Nurul Izzah yang membangkitkan bahawa langkah sama pernah dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Kit Siang dan Guan Eng memohon pengampunan ketika dipenjara sebelum ini.
Sementara itu, pengarah komunikasi parti, Fahmi Fadzil berkata parti itu tahu menahu mengenai perkembangan mengejutkan itu.
Tambahnya, keputusan untuk memohon pengampunan itu mungkin keputusan oleh keluarga Anwar.
[Berita penuh menyusul]

0 orang berkata:
Post a Comment