Nik Nazmi ditahan polis kerana berhimpun
SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad
ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kerana berhimpun secara aman
di hadapan pusat beli-belah Sogo semalam.
Nik Nazmi antara pemimpin yang hadir dalam perhimpunan tersebut, selain Ketua Koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis anak muda, Adam Adli yang telah ditahan semalam.
Bagaimanapun, Fariz dan Adam dibebaskan dari pusat tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.15 pagi tadi.
Susulan penahanan ini, PKR mengeluarkan satu kenyataan memberitahu bahawa Nik Nazmi telah ditahan di rumahnya di Denai Alam dan sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
[ARTIKEL BERKAITAN: PKR tidak tunduk kepada tekanan]
Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menghadiri perhimpunan 'Kita Lawan' di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.
Himpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti untuk pembebasan ketua pembangkang itu yang didakwa menjadi tahanan politik dalam kes liwat II.

0 orang berkata:
Post a Comment