Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN BAZIR WANG RAKYAT

UMNO dah bagi PAS menang percuma kat DUN Kelantan, dan UMNO juga dah bagi DAP menang kat P.Pinang, nanti UMNO juga akan bagi PKR kat Permatang Pauh, Elak membazir ? membazir kawan setan, atau jangan bertanding nanti jadi Ali Setan, Ali Setan Ahli Setan dua-dua sama, semuanya menyusahkan orang, yang tak susahkan orang hanyalah manusia, sebab itu jangan ukir nama busuk macam bangkai - Pak Karamu

Politik Baru tanpa UMNO

1.  PAS menyambut baik keputusan yang dibuat oleh UMNO untuk tidak bertanding di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dikatakan atas faktor mewujudkan perpaduan ummah.

2.  Dengan keputusan yang dibuat ini, PAS berharap agar UMNO tidak lagi menghantar calon di dalam mana-mana pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum kerana ia secara tidak langsung mengakui UMNO lah punca utama perpecahan yang berlaku di dalam kalangan masyarakat. Apabila UMNO bertanding di dalam pilihanraya, suasana perpecahan dan perbalahan sering berlaku kerana UMNO sering memanipulasikan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya sahaja dan sekaligus mewujudkan padang permainan yang tidak rata.

3.  Justeru, PAS menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO semalam dan berharap ia akan terus digunapakai pada masa akan datang. UMNO bolehlah meneruskan agenda perjuangan parti mereka dengan menceburi lapangan dan bidang yang lain selain politik. Pastinya, Malaysia akan mengalami politik baru yang lebih aman-damai tanpa perlunya lagi UMNO-BN bertanding di dalam pilihanraya.

Malaysia Baru Tanpa UMNO.
Terima Kasih PM...
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

4 orang berkata:

Anonymous said...

blog pakkaramu untuk orang tak siuma

Anonymous said...

Ok je.

Anonymous said...

Anom 7.15 aku rasa kau yg gila....atau kau pencacai umno @ pencacai pkr @ pencuci najis dap

Anonymous said...

Langkah bijak bagi pengecut dan orang bangkrap.
Duit nak jollykan KUNCU MUSTAPA DLL. Mana mahu korek.
Kalau ada duit pun rakyat kelantan tak pandang ini setakat air liur Najib.
Pergi mampusle.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.