Mesyuarat Agung Pemilihan Pas berlangsung Mac ini
KUALA LUMPUR - Pas hari ini mengumumkan tarikh berlangsungnya Mesyuarat
Agung Tahunan di peringkat Kawasan dan Dewan-dewan Kawasan di seluruh
negara bermula 1 Mac hingga 21 April depan.
Sementara Mesyuarat Dewan Negeri pula akan berlangsung 24 April hingga 17 Mei depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata, antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk pemilihan calon yang akan dipertandingkan bagi peringkat Dewan dan Pusat.
"Dewan ulama tarikh tutup hantar calon 19 Mei manakala tarikh tutup bagi Kawasan dan Dewan-dewan tersebut bagi mengemukakan pencalonan adalah pada 30 April sebelum jam 5 petang.
"Sebarang permohonan yang dihantar melepasi tarikh-tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan dan akan diketepikan," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Sebanyak 27 jawatan peringkat Pusat dan 24 jawatan peringkat Kawasan akan dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.
Pemilihan yang berlangsung pada tahun 2013 menyaksikan lebih 60 permohonan calon dihantar namun hanya lebih 40 didapati layak bertanding.

0 orang berkata:
Post a Comment