'Sirul tak pernah kata dia diarah'
SHAH ALAM - Jika kenyataan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK),
Sirul Azhar Umar bahawa tindakannya membunuh wanita warga Mongolia,
Altantuya Shaariibuu adalah di atas arahan pihak tertentu, kes tersebut
boleh disiasat semula.
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul dalam kes itu berkata, Sirul sebelum ini tidak pernah berkata dia diarahkan sesiapa.
"Kalau betul apa yang dikatakan, tiada halangan untuk polis menyiasat dan buat pendakwaan baharu mengikut kenyataan itu. Percakapan itu di bawah Seksyen 112 (pemeriksaan saksi oleh polis).
"Tetapi polis Malaysia perlu memohon kebenaran terlebih dahulu daripada pusat tahanan di Australia di mana Sirul ditempatkan sekarang. Selepas dapat kebenaran, baru polis boleh ke sana untuk rakam keterangan Sirul," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, selepas mendapatkan rakaman percakapan Sirul, polis boleh mula menyiasat kes itu berdasarkan kenyataan yang diberikan.
Namun beliau tidak tahu sama ada polis Malaysia boleh mendapatkan akses mudah untuk bertemu Sirul.
"Saya tidak tahu bagaimana, kerana setahu saya tidak ada lagi kes melibatkan tahanan (Malaysia di luar negara) yang dirakamkan keterangan oleh pihak polis. Mungkin untuk kes lain ada, cuma bagi kes ini, saya tidak tahu," katanya.
Seorang lagi peguam jenayah, Hafiz Zainal berkata, jika polis ingin membuka kes baharu terhadap Sirul, ia perlu diletakkan di bawah kesalahan dan seksyen lain.
Menurutnya, pihak pendakwaan tidak boleh menggunakan tuduhan yang sama kerana konsep double jeopardy dalam undang-undang melarang tuduhan sama dibuat ke atas seseorang tertuduh bagi kes sama selepas mahkamah telah membuat keputusan muktamad.

Sementara itu katanya, kenyataan Sirul itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap keputusan kes sedia ada.
"Kes ini sudah sampai kepada Mahkamah Persekutuan. Keterangan
pembelaan diri Sirul semasa di Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak pernah
menyebut ada menerima arahan daripada mana-mana pihak atau sebab-sebab
lain semasa perbicaraan.
"Jadi, ia boleh dianggap khabar angin sahaja," katanya.
Menurutnya, kes baharu boleh dibuka untuk menyiasat keterangan
terbaharu Sirul itu kerana kes sebelum ini sudah sampai ke peringkat
tertinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan dan tidak boleh disiasat semula.
"Apa-apa kenyataan Sirul kini tidak boleh diterima pakai dan dijadikan
sebagai bukti atau keterangan baharu untuk dikaitkan dengan keputusan
mahkamah tempoh hari.
"Sepatutnya, keterangan seperti ini dimasukkan semasa proses membela
diri sebelum ini. Apa juga keterangan sekarang hanya berunsur akademik
sahaja," katanya.
Menurutnya, dalam sesuatu kes mahkamah, fakta baharu yang dikemukakan
pada masa rayuan atau selepas keputusan tidak mempunyai merit.
"Siasatan semula akan memakan masa memandangkan kes ini sudah lama. Biasanya, ia tidak dibuka semula.
"Jika kertas siasatan baharu dibuka, sudah pasti menimbulkan rasa
sangsi pelbagai pihak mengapa keterangan ini tidak dinyatakan semasa
hari pembelaan sebelum ini. Mengapa setelah dijatuhkan hukuman, baru nak
beri kenyataan lain?
"Adakah kata-kata Sirul itu bersandarkan bukti dan akuan bersumpah?
Jika ada bukti, mengapa ia tidak diberikan sebelum ini? Selagi tidak
dikemukakan di mahkamah, ia hanya dianggap sebagai cerita sahaja,"
katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment