Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' jadi kenyataan

KUALA LUMPUR: Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Umno BN tidak akan meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka membuktikan kekuatan BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tindakan ini sekaligus membuktikan kata-kata keramat Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.

Katanya, selepas pemergian Tok Guru, Umno BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau  iaitu 'Islam dan bukan kebangsaan' adalah benar. 

"Sekalipun tanpa penyertaan Umno BN dalam PRK, isu negara yang melibatkan Presiden Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas menyakinkan dari Perdana Menteri Malaysia.

"Saya tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar seperti 1 MDB dan isu jenayah seperti Altantuya," tulis Husam di laman Facebooknya.

Justeru baginya, perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek untuk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.

Ini jelasnya katanya, BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa apa makna kepada perpaduan ummah atau negara.

Husam berkata demikian bagi mengulas keputusan Umno BN untuk tidak bertanding di Dun Chempaka yang disandang oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana mahu memberi fokus kepada kerja-kerja pemulihan banjir di Kelantan. – HARAKAHDAILY 26/2/2015
sumber imej - www.rakyatnews.my

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.