Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, February 24, 2015


Najib Dan Pemimpin Umno Terkancing Gigi Dengar Berita Ini





PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.

‎"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
 
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti

Menurut Tuan Ibrahim, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti.

"PAS ada 21 kerusi Parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen.

"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya bagi membincangan beberapa isu kesejahteraan rakyat Kelantan, sebagaimana dicatat dalam Facebook beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno pada muktamar lalu.



Katanya dasar gabungan antara PAS dan Umno mesti melalui keputusan muktamar‎ dan tidak datang daripada pandangan peribadi ahli parti.

Beliau turut menafikan alasan penggabungan bagi memberi laluan  Kelantan melaksanakan Hudud kerana sekiranya ia benar Umno sudah melakukan di semua negeri pentadbiran mereka.

Katanya PAS juga tidak harus melupakan sejarah lama Umno yang menolak parti Islam dan cadangan kerajaan campuran wujud ketika pengaruh parti Melayu itu semakin lemah.

"Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapangan terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisme.

"Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?" katanya.

Beliau berkata, PAS lebih rela  membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam daripada menerima kerjasama Umno yang kononnya bertujuan unt‎uk perpaduan orang Melayu.

"Amalan rasuah, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

"Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya.

Addin

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.