Gobind tiada hak ugut Pas
IPOH - Pas Perak menyifatkan DAP khusus Pengerusi Undang-undang DAP,
Gobind Singh Deo tiada hak untuk mengugut Pas keluar dari PR hanya
disebabkan ketegasan parti itu untuk membentangkan rang undang-undang
pindaan hudud di sidang Dun Kelantan pada 18 Mac depan.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kata dua yang ditujukan kepada Pas juga berasas memandangkan PR bukan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Jadi kita tidak terikat dan mana-mana pihak dalam PR sendiri sebenarnya tiada hak atau kuasa untuk menentukan masa depan Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong itu yang menegaskan Pas bukan parti dalam gabungan PR sekiranya bertegas membentangkan Enakmen Hudud di sidang Dun Kelantan, bulan depan.

0 orang berkata:
Post a Comment