MUNGKIN INI URUSAN GELAP DAN URUSAN BELAKANG, KERJA NI MEMANG LA RAMAI TAK TAHU, WALAU APAPUN MUHIDEN JANGAN KATA TAK TAHU SAHAJA, TUB,TUB NANTI TETIBA UJUD KERAJAAN PERPADUAN, DENGAN BAIK SANGKA SEMUA PEHAK AKAN BERTENANG DAN MENERIMANYA, - Pak Karamu
Muhyiddin tidak tahu Anwar ditawar jadi TPM
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang media selepas majlis pelancaran Pelan Tranformasi Minda ke Arah Negara Bersih, Indah dan Sejahtera di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak
mahu terjebak dengan apa yang disifatnya polemik yang tidak
menguntungkan ekoran dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah
ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, beliau tidak mengetahui tentang tawaran itu dan hanya mengetahui mengenai dakwaan itu melalui media.
"Saya tidak pasti apakah kenyataan itu benar ataupun tidak dan saya
tidak mahu terlibat dalam polemik yang tidak menguntungkan," katanya
ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
Anwar bahawa bapanya pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana
Menteri.
Ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Minda Ke Arah
Negara Bersih, Indah Dan Sejahtera 2015-2020 di sini hari ini, Muhyiddin
berkata, ada isu yang lebih utama yang perlu dihadapi seperti isu
ekonomi dan sosial.
"Soal-soal jawatan tidak menjadi perhatian penting bagi saya, kalau ada
siapa buat tuduhan macam-macam itu hak mereka. Tapi kita orang yang
faham, jangan mudah terperangkap hingga menjadikannya satu debat atau
konflik yang tidak berguna. Saya tidak fikir itu yang dikehendaki rakyat
Malaysia," katanya.
Beberapa portal melaporkan bahawa Nurul Izzah mendakwa Anwar pernah
ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas PRU13 pada 2013.
Anwar kini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan pada
10 Februari lepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara
kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008,
dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Kepada soalan sama ada Umno mempunyai perasaan tidak senang dengan
tindakan Ketua Pendakwa Raya kes Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
yang mengadakan ceramah memberikan penerangan mengenai kes itu,
Muhyiddin berkata itu adalah hak peguam terkemuka berkenaan.
"Itu hak dia (Shafee), beliau telah dijemput untuk memberikan
penjelasan dan rakyat mahu mendengarnya. Shafee seorang yang pandai,
kalau dia fikir sesuai, itu hak dia," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment