Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TAKUT TUHAN ATAU TAKUT PR ?


Sunday, February 22, 2015


18 Mac tarikh PAS terkeluar dari Pakatan?

 
PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP.

Gobind Singh berkata, ini kerana, ia bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu.
“PAS tidak patut memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan Kelantan,” kata Gobind yang juga pemimpin DAP Selangor.


 

“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

Dalam kenyataannya hari ini, Gobind berkata PAS harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi sebelum ini.

Jika pindaan itu diteruskan, katanya, pemimpin PAS harus berani mengakui bahawa mereka memaksa parti itu menjauhi Pakatan, sekali gus menyebabkan kewibawaannya memperkukuh Pakatan dipersoal. - 

Malaysiakini

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.