Wednesday, February 25, 2015
HIMPUNAN KITALAWAN 7 MAC DESAK NAJIB UNDUR
Sekretariat
#KitaLawan memutuskan bahawa himpunan di hadapan Sogo pada setiap hari
Sabtu jam 4.00 petang akan diteruskan walaupun terdapat penangkapan yang
dibuat oleh pihak Polis terhadap peserta himpunan pada minggu lepas.
Ini adalah sejajar dengan pendirian gabungan #KitaLawan yang mana himpunan akan diteruskan setiap minggu sehingga tuntutan kami dipenuhi.
Maka, himpunan besar akan diadakan pada 7 Mac 2015 dengan tumpuan khusus supaya Dato’ Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia
dengan segera dan seterusnya membebaskan saudara Anwar Ibrahim. Gesaan
kami dibuat bersandarkan fakta-fakta yang menunjukkan kegagalan beliau
menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara seperti berikut:-
1. Memusnahkan
kewibawaan Institusi Kehakiman dengan memenjarakan Saudara Anwar
Ibrahim sebagai tahanan politik melalui konspirasi Fitnah 2.
0 orang berkata:
Post a Comment