Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT NAK TAHU APAKAH LIWAT ?

Jelajah liwat II tangkis persepsi terhadap Umno
  • liwatII
1 / 1
SHAH ALAM – Siri jelajah penjelasan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Pemuda Umno adalah untuk menangkis persepsi Umno sebagai dalang konspirasi kes itu.
 
Exco Pemuda Umno, Ibdilillah Ishak berkata, selama enam tahun kes itu berlangsung, ia telah dijadikan perkakas oleh PR khususnya PKR untuk menolak Umno.
 
“Selama perbicaraan kes berlangsung, Umno mengambil pendirian berdiam diri dan menghormati proses perbicaraan. Kini kes sudah selesai, ini masa terbaik buat Umno menangkis segala penipuan mengatakan Umno dalang konspirasi kes tersebut.
 
“Persepsi dibuat PR jika tidak dicegah akan menjadi wabak dan menyebabkan rakyat percaya kes liwat Anwar adalah konspirasi Umno. Justeru, penjelasan dengan fakta kes serta kronologi kes liwat perlu disampaikan kepada rakyat agar menolak persepsi negatif itu,” katanya, semalam.
 
Menurutnya, kaedah forum anjuran Pemuda Umno juga bersifat dua hala iaitu sesi soal jawab dan hadirin boleh melontar persoalan.
 
Katanya, PR tidak perlu mengkritik jika mereka tidak bimbang dengan penjelasan ketua pendakwa raya kes liwat Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
 
Ibdilillah turut menganggap cabaran debat Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai tidak relevan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.