Tak ada beza golongan ulama, profesional dalam Pas
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan
Pas perlu diterajui oleh golongan ulama kerana sudut pandangan golongan
itu adalah didasari oleh sumber Islam yang tertinggi, namun tidak
bermakna golongan profesional dipinggirkan.
Jelasnya, kedua-dua golongan dalam Pas ini saling berkait antara satu sama lain dan perbezaan kejayaan tidak harus dijadikan alasan untuk saling bertelagah.
“Gagasan ini bukanlah usaha mengenepikan profesional dan hanya mengambil ulama sahaja sebagai pemimpin. Kerana di Pas, kita mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.
"Gagasan ini sangat besar ertinya kerana dasar dan sumber tertinggi rujukannya parti ialah al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qisas, maka kepimpinan tertinggi mestilah terdiri dari mereka yang boleh meletakkan sumber ini dalam memperkukuhkan hujah dan pandangannya, bukan semata-mata menggunakan akal fikiran yang bersifat nisbi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan peranan Pas sebagai sebuah parti bukan hanya diukur menerusi kemenangan dalam pilihan raya.
"Dari sudut yang lebih luas pula, Pas adalah sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangannya ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat, dan tahap penerimaan masyarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka.
"Pada sudut ukuran tarbiyyah pula, ia dilihat kepada sejauh mana mereka yang berada dalam jamaah dapat ditingkatkan peranan menjadi amilin kepada perjuangan Islam," katanya.
Justeru tegasnya, jangan kerana wujud perbezaan dalam mengukur kejayaan dalam Pas itu sendiri dijadikan alasan untuk bertembung antara satu sama lain.
"Di hadapan kita ada sirah Rasulullah SAW. Baginda pernah ditawar menjadi raja, namun Baginda menolaknya.

Walaupun pada perkiraan kita, andainya Baginda menerima dahulu jawatan
tersebut, kemudian Baginda menggunakan kuasa sebagai raja untuk
menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam, lojiknya, ia tentulah lebih
baik dan berjaya.
Namun, itu bukan kaedah yang diambil oleh Baginda.
"Kisah itu mengajar kita bahawa gagasan Islam mesti berjalan serentak dengan usaha mendapatkan kuasa politik," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pendirian meletakan ulama di barisan tertinggi kepimpinan Pas tidak akan menimbulkan penolakan kerana ia merupakan keputusan semua ahli Pas dalam muktamar.
“Tidak timbul ada pihak yang menolak atau menentangnya sebagaimana gagasan kita bersetuju bersama PR dan tidak bersama Umno, juga adalah keputusan dalam Muktamar.
“Maka jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan pimpinan dan ahli dengan pelbagai tuduhan, dan menimbulkan persepsi buruk pada pimpinan, yang akhirnya hanya mengembirakan musuh dan merugikan parti," katanya lagi.
Konflik dalaman Pas semakin memuncak kini apabila timbul dakwaan wujud usaha untuk menyingkirkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh pemimpin kanan parti itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas Kuantan dedah 'dalang' jatuhkan Hadi]

Malah hubungan Pas dengan parti komponen PR juga dilihat kian bercelaru
bersabit isu hudud dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
2 orang berkata:
Udah2lah menabik diri tu ulamak.pengiftarafan
Keatas diri sendiri ulamak maka terpingirlah org lain sekeliling kerana merasa diri lebih mulia di sisi Allah????
Sendiri yg dabik dada:: aku lah ulamak!!!!kau orang spa tau hal-hal agama ni. Ada faham???
Post a Comment