Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

28/02/15

Harga minyak dijangka naik mulai tengah malam

Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel dijangka naik, berkuatkuasa tengah malam ini.

Bulan lepas, harga RON95 turun ke paras terendah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, didorong oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.

Harga bahan api tertakluk kepada sistem apungan terurus sejak Disember tahun lalu selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi.

Pada masa itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 selitar.

Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 seliter dan bulan lepas harganya terus menurun. [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti meningkat ataupun sebaliknya.

Hasan juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen penurunan harga di seluruh negara meskipun berlakunya perubahan terhadap harga petrol dan diesel sama ada menjurus kepada peningkatan ataupun penurunan.

"Harga minyak bukan faktor utama menentukan harga barangan tetapi sebaliknya ada faktor lain yang mempengaruhi harga barangan sama ada ia turun ataupun naik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' bagi produk minuman dan makanan Nestle (M) Bhd di Shah Alam hari ini.

Pada 1 Februari lepas, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen kepada RM2.00 seliter sementara diesel turun 23 sen kepada RM1.70 seliter.

Mengulas mengenai kempen Nestle hari ini, Hasan berkata ia adalah kempen promosi terbesar Nestle yang menawarkan penjimatan antara lapan hingga 33 peratus bagi 50 produk terpilih Nestle termasuk Milo, Maggi dan Nescafe.

Beliau berkata kempen itu yang akan berlangsung sehingga akhir bulan depan adalah inisiatif Nestle bagi menangani kos sara hidup rakyat ketika Negara menghadapi harga minyak yang tidak menentu.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.