Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMANA SUDAHNYA MEREKA INI, MASUK AMANAH DAN DAP MUSTAHIL, PKR ? PAS ?


Pemecatan bukti Umno serius anggota langgar peraturan
Muhyiddin, Mukhriz
Muhyiddin, Mukhriz

KUALA LUMPUR - Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno menunjukkan parti itu memandang serius perbuatan anggotanya yang melanggar peraturan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Keputusan ini dilakukan kerana parti memandang serius perbuatan anggotanya...apa tah lagi seorang Timbalan Presiden dan Ketua Perhubungan Negeri yang duduk bersekongkol dengan parti lawan untuk menentang parti dan kerajaan.

"Jadi, saya ingat wajar tindakan ini diambil... sepatutnya tindakan diambil lebih awal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, hari ini, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin, yang sebelum ini digantung daripada jawatan Timbalan Presiden, dipecat daripada Umno bersama-sama Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi Umno menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti. 

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pula berkata, isu berhubung Muhyiddin, Mukhriz dan Mohd Shafie telah banyak kali dibangkitkan namun tindakan disiplin sering ditangguhkan sehingga mereka dengan jelas melakukan perlanggaran disiplin.

"Saya berpendapat dalam politik, tiada seorang pun lebih besar daripada parti. Sesiapa yang pilih untuk melanggar peraturan parti jawapannya adalah berbalik kepada tindakan disiplin. Malangnya, perkara ini berlaku di atas kehendak pihak berkenaan, bukan kita," katanya.

Dalam pada itu, Anggota Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan pemecatan itu tidak akan memudaratkan parti kerana Muhyiddin dan Mukhriz sudah lama tidak membantu parti. 

"Saya harap ini adalah nasihat atau peringatan kepada anggota Umno lain... apabila kita masuk parti, ia untuk berjuang, kita tidak boleh kecewa dan derhaka terhadap parti," katanya. 

Di JITRA, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah wajar dilakukan daripada membiarkan mereka terus menggunakan platform Umno untuk mengecam kepimpinan Najib.

Beliau berkata, kedua-dua bekas pemimpin Umno itu didapati banyak menggunakan platform Umno untuk bertemu dengan anggota-anggota parti dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan. 

"Lebih baik mereka berada di luar...bila dipecat, mereka tidak boleh jumpa (anggota Umno) melainkan melalui program yang disusun pihak pembangkang," katanya di Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu di sini, hari ini. 

Beliau juga berpendapat pemecatan itu sepatutnya dibuat daripada dahulu lagi selepas mereka bersekongkol dengan parti pembangkang untuk melakukan Deklarasi Rakyat.

Di MELAKA, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Idris Haron pula berkata, pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah tindakan yang perlu dibuat bagi memastikan Umno terus menjadi parti berwibawa dan dipercayai.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata sebagai parti berwibawa, Umno tidak boleh terus memberikan ruang kepada anggotanya berkongsi pentas dengan pembangkang dan menghina kepimpinan sehingga ke tahap merosakkan parti.

"Majlis Tertinggi terpaksa membuat suatu keputusan yang saya kira cukup berat kerana kita terpaksa memilih antara kawan dan semangat kerja berpasukan.

"Saya kira, untuk Umno terus jadi parti berwibawa dan dipercayai, kita perlu menjadi sebuah parti yang tegas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Idris berkata dengan keputusan itu, beliau berharap Umno akan terus kukuh dan menarik sokongan rakyat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.