Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIA MENDARAT CEMAS

Pesawat Singapore Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat Singapore Airlines terbakar ketika mendarat
Keadaan pesawat yang terbakar ketika mendarat.

SINGAPURA - Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ368 menuju ke Milan yang terpaksa berpatah balik selepas berlepas lebih dua jam akibat masalah kebocoran minyak dilaporkan terbakar ketika melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi, awal pagi tadi.

Memetik laporan Channel New Asia, SIA memaklumkan pesawat Boeing 777-300ER itu mendarat di lapangan terbang sekitar jam 6.50 pagi dan pasukan Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang yang telah bersedia terus bergegas ke lokasi pendaratan.

Sebaik pesawat itu berjaya mendarat, para penumpang bersorak sebelum berlakunya percikan api sebelum ia mulai marak di sebelah kanan pesawat.

Perkara itu membuatkan penumpang ketakutan namun kru SIA menasihatkan mereka agar bertenang sebelum beberapa minit kemudian pasukan bomba tiba untuk memadamkan api tersebut.

Api berjaya dipadamkan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap 222 penumpang serta 19 kru pesawat berkenaan.

Menurut laporan itu, seorang penumpang, Lee Bee Yee berkata, sebelum pengumuman dibuat juruterbang, beliau ada menghidu bau gasolin dari dalam pesawat.

“Juruterbang beritahu akan berpatah balik kerana enjin kebocoran minyak di sebelah kanan. Kapten berkata mereka tidak boleh hidupkan enjin di situ kerana pesawat akan bergegar dan mereka tidak boleh teruskan penerbangan seperti ini ke Milan. Itu sebabnya terpaksa berpatah balik.

“Kami sedang tidur ketika itu dan tidaklah berfikir sangat masalah itu,” katanya.
Kesemua penumpang itu kemudiannya dipindahkan daripada pesawat dan dihantar dengan bas ke terminal lapangan terbang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.