‘Mok tok sey maaf ko dia’
Mek
Som meminta anak saudaranya, Mek Nab Wan Ngah melumurkan bedak pada
wajahnya selepas selesai mandi setelah 11 hari menjalani rawatan di
HUSM.
PASIR MAS - "Mok tok sey maaf ko dia, biarlah dia duduk dale penjara
mugo dia buat salah," kata Mek Som Mat Diah, 89, ketika diberitahu
tentang Mohd Fikri Noor Rosland,19, yang dijatuhkan hukuman penjara 11
tahun.
Dia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di
sini baru selesai mandi selepas 11 hari tidak mandi dengan sempurna
kerana menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Mek Som pulang ke rumahnya semalam kira-kira jam 5 petang setelah dibenarkan pulang.
Menurutnya, dia perlu mendapatkan rawatan susulan untuk membuka balutan
dan mencuci luka pada 5 Julai ini di klinik berhampiran.
Dia yang berkerusi roda ketika itu turut memberitahu keinginannya untuk
membuat ketupat palas manis untuk raya tahun ini tidak akan tercapai.
"Enam hari lagi nak rayo, sekalo mok buat ketupat tapi tahun ni tokleh dohla," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment