Anwar masih sakit, kata Azizah
GEORGETOWN - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengalami sakit belakang.
Menurut Presiden PKR yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, Anwar turut mengadu masih sakit bahu sehingga menyebabkannya
dimasukkan ke hospital minggu lalu.
“Dia terpaksa dipantau, dan sekarang memang adalah fasa mencabar untuk beliau. “Mana tidaknya sakit belakang pun tidak baik-baik, bagaimanapun dia masuk wad sekejap sahaja.
“Namun saya amat berharap dia cepat pulih,” katanya mengulas tahap kesihatan Anwar selepas dimasukkan ke hospital minggu lalu.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hospital Pulau Pinang.
Hadir sama Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Pulau
Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Dr
Afif Bahardin.
0 orang berkata:
Post a Comment