Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEPUTUSAN BIJAK ! TAKBIIIIR !

NAK TENGOK SEJAUH MANA AMANAH YANG TAK DE ASAS DASAR PERJUANGAN NAK GANTI PAS, NIATNYA SAHAJA SUDAH CUKUP BUSUUUUK !!! - Pak  Karamu
 
 
Pas tak mungkin bersama DAP, Amanah
Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Pas tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.

Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok pembangkang ketiga.

"Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan Amanah dan DAP.

"Dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) setakat ini kita masih ada hubungan, masih tidak putus.

"Kita dalam usaha untuk mengukuhkan blok ketiga (dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia). Cuma mungkin ambil masa sedikit," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas saranan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor agar Pas kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar meminta kerajaan persekutuan agar memainkan peranan dalam menjelaskan mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Rang Undang-undang itu dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.

"Dalam tempoh empat bulan ini (sebelum Dewan Rakyat kembali bersidang pada Oktober), kita minta supaya kerajaan persekutuan menggunakan kuasa yang ada padanya temasuk media massa untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang
apa yang diusahakan ini.

"Kalau kerajaan persekutuan memainkan peranannya dengan sistematik dan bersungguh-sungguh, saya rasa mungkin lepas empat bulan ini semua orang akan sokong rang undang-undang ini, tak ada yang akan lawan," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.