PAS AKAN BERGERAK CARANYA YANG TERSENDIRI, PAS BUKAN SEBUAH PARTI YANG DITUBUHKAN SEMALAM, MARUAH PAS ADA PADA DASARNYA, HIDUP MATI KAMI ADALAH BERSAMA DASAR, KEMENANGAN MUTLAK ADALAH MILIK ALLAH BUKAN MILIK DAN IKHTIAR MANUSIA RAKUS YANG MAHU CEPAT KE PUTRA JAYA - Pak Karamu
Pas tidak akan tagih simpati
SHAH ALAM - Pas tidak akan berundur walau selangkah untuk menagih simpati daripada blok parti pembangkang (Pakatan Harapan).
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi
berkata, walaupun kecewa dengan keputusan PRK kawasan Parlimen Sungai
Besar, Pas tetap istiqamah meneruskan agenda memperbaiki kerosakan
negara dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang Sejahtera' (BPMS)
sepertimana digagaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas menghormati keputusan rakyat mengekalkan penguasaan BN
di kerusi tersebut namun dalam masa sama, Pas akan tetap sentiasa
berusaha memenangi semula hati pengundi secara berhemah dan profesional
pada PRU14.
"Pas memasuki PRK Sungai Besar secara ‘underdog’, tetapi Pas ditohmah
tidak mempunyai semangat setia kawan, tidak boleh dibawa berunding dan
segala macam tohmahan negatif dilemparkan sedangkan parti hanya ingin
meneruskan kesinambungan perjuangan di kerusi yang pernah ditandingi
sebelum ini.
"Malah Pas mempunyai sejarah perjuangan politik dalam negara ini selama
lebih 62 tahun dan selayaknya Pas mendapat sewajarnya daripada blok
part pembangkang di dalam usaha jatuhkan Umno/BN," katanya
Ahmad Yunus yang juga Exco Selangor berkata, beliau kecewa apabila
kalangan pimpinan yang sebelum ini pernah bersusah payah berjuang di
dalam Pas, memburukkan parti di atas pentas ceramah Parti Amanah Negara
(Amanah) dengan hasrat untuk menarik undi ahli-ahli tegar Pas.
Katanya, betapa rasa terhinanya apabila orang-orang yang pernah berjasa
ini akhirnya ditempelak dan dicemuh kerana meninggalkan perjuangan
gerakan Islam yang diterajui Pas.
Menurutnya, Pas Selangor akan mengaplikasikan gagasan BPMS secara
bersungguh-sungguh di dalam gerak kerja dan tindakan bersepadu semua
jentera parti Pas Selangor di semua peringkat.
"Inilah penyelesaian kita kepada rakyat supaya dapat berikan sokongan
yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada Pas dan Kuasa Ketiga bagi
menjatuhkan BN daripada tampuk pemerintahan negara ,"katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Yunus berterima kasih kepada calon Pas, Dr Abdul
Rani Osman yang memikul tanggungjawab berat sebagai calon Pas untuk PRK
Sungai Besar.
Walaupun dicemuh dan difitnah, namun beliau tetap dengan politik matang
sejahtera menyantuni masyarakat setempat dan pimpinan parti lawan.
"Terima kasih juga kepada pimpinan Pas Pusat dan juga petugas serta sukarelawan Pas yang hadir membantu," katanya.
1 orang berkata:
ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-0823-9177-2208-) EYANG WORO MANGGOLO JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI.
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Post a Comment