Penahanan Guan Eng: Pembangkang cepat melatah
KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa cepat melatah apabila penyokongnya
berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) bagi membantah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata, sebaiknya penyokong pembangkang menyerahkan kepada mahkamah
untuk menentukan sama ada Guan Eng bersalah atau tidak.
"Tapi pembangkang ini saya lihat macam melatah. Belum apa-apa sudah beremosi.
"Adakah mereka beremosi kerana takut tuduhan itu benar atau sebab
mereka tak faham proses undang-undang? Tapi bagi saya, nak kata tuduhan
itu, banyak orang pun kena tuduh.
Jadi, kita tidak boleh buat sebarang
kesimpulan," katanya dalam sidang media di program berbuka puasa bersama
Majlis Aids Malaysia, di sini, hari ini.
Menurut beliau, tindakan penyokong DAP itu seolah-olah cuba memberi tekanan kepada SPRM.
"Saya lihat cara mereka keluar beramai-ramai itu seolah-olah nak beri
tekanan kepada SPRM dan saya tak tahu sama ada bila kes ini berjalan,
mereka nak beri tekanan pula kepada mahkamah. Saya tak tahulah,"
katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada Guan Eng wajar bercuti
atau melepaskan jawatannya, Azalina berkata, ia terserah kepada dasar
parti DAP.
"Elemen cuti bila kena tuduh itu BN yang pakai. Kalau tak salah saya ada dua tiga kes pemimpin BN terpaksa lepaskan jawatan.
"Saya tak pasti dasar DAP. Tetapi ini bukan kali pertama SPRM buat
tuduhan kepada ahli politik, wakil rakyat BN pun pernah ada macam-macam
kes berlaku," katanya.
2 orang berkata:
Shukur Malaysia ramai melayu Islam yang rasuah. Shukur juga ustaz melayu Islam menyokong rasuah. Alhamdullilah senang mencari rezeki di Malaysia.
Si pemakan Dedak Tom Boy ni sekadar lidah bercabang kpd Bos nya pm, tak layak sunguh sebagai jurucakap sedangkan dia pun Hidup di dua benua,.memang lah kalau ada ketua adalah penyokongnya,.amat mustahil layaknya penyokong memberi tekanan kepada SPRM & Mahkamah,.sebenarnya penekanan itu tetap dari pm,. SPRM & Mahkamah sekadar menjalankan Prosedure menakala kuasa pemutus samada bersalah atau tidak datangnya dari mana kalau tidak dari pm sendiri,.ini lah lazimnya yg sering berlaku keatas kes2 yg berfrofile tinggi,.rakyat bukan lah Bodoh apa yg di fikirkan pemimpin umnobn selama ini,.semuga Kerajaan Baru nanti akan lebih berwibawa adil Dan seksama,.owh,. Malaysia ku yg tercinta,.
Post a Comment