Guan Eng pesan sentiasa semangat hadapi krisis
Perkara itu diakui Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum
Guan Eng dibawa ke Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah petang
tadi.
Kon Yeow berkata, Guan Eng turut berpesan kepadanya supaya memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh pada masa ini.
"DAP negeri kesal dengan penahanan Guan Eng berhubung dua pertuduhan
yang didakwa ke atasnya. Kita turut terkejut dengan tindakan
penguatkuasa itu yang bertindak menahan Guan Eng yang jug
a Setiausaha
Agung DAP di pejabatnya tadi.
"DAP negeri menganggap pertuduhan itu berunsurkan politik yang bertujuan untuk mematikan karier politik beliau.
"DAP negeri penyokong serta ahli parti seluruh negara supaya bertenang
menghadapi penahanan Guan Eng ini. Dia sempat berpesan kepada saya
supaya menguatkan semangat menghadapi krisis politik dan mahu kerajaan
negeri kukuh seperti biasa," katanya menerusi kenyataannya hari ini.
Menurutnya, DAP akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri tergempar
hari ini untuk membuat keputusan bagi menangani krisis politik itu.
0 orang berkata:
Post a Comment