Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUKAR WARNA OK KOT ?


Isu pemecatan satu peringatan kepada jentera Umno
Muhyiddin, Mukhriz
Muhyiddin, Mukhriz

KUALA LUMPUR - Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno, disifatkan sebagai satu isyarat jelas dan peringatan kepada seluruh jentera agar tidak melanggar disiplin, yang menjadi tunjang kebersamaan serta perjuangan dalam parti itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, keputusan pemecatan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana jelas berlakunya perlanggaran tataetika disiplin parti.

Menurutnya, dengan bukti yang kukuh, keputusan itu dilihat wajar apatah lagi tindakan pelanggaran disiplin itu membabitkan kerjasama pembangkang.

"Peringatan kepada pemimpin Umno lain kerana politik, khususnya menjelang PRU14 ini seperti mahu berperang. Jadi jika ada pihak-pihak yang tak dapat bersama, sedangkan ahli parti dah tunjukkan mereka bersama dengan presiden, sepatutnya dari awal mereka telah letak jawatan.

"Bagaimanapun,perkara itu berlarutan dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan pergerakan parti,"katanya ditemui pada program Shoping Raya Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan pemecatan itu juga mampu memperkukuhkan lagi jentera Umno menjelang PRU akan datang.

"Ia akan memberi mesej yang jelas kepada semua peringkat bahawa tumpuan kita pada PRU ke 14, disiplin parti adalah perkara utama. Jika kita biar ia akan merebak ke peringkat bahagian, cawangan, dan beri kesan negatif di semua peringkat,"katanya.

Ditanya sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz mahu kembali kepada Umno, Raja Nong Chik berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku.

"Mereka adalah ahli yang telah lama berkhidmat kepada Umno, secara peribadi, jika mereka betul-betul menunjukkan kesediaan untuk memohon maaf dan bekerjasama sebagai satu pasukan mungkin boleh dipertimbangkan untuk kembali dengan parti namun tidak balik ke jawatan sama,"katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.