Umno Johor akur keputusan pecat Muhyiddin
PASIR GUDANG - Umno Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT)
Umno memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal, semalam.
Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Umno
Johor menerima keputusan MT dan merakam ucapan terima kasih tidak
terhingga atas segala jasa dan sumbangan ketiga-tiga ahli Umno itu,
khususnya Muhyiddin.
"Umno dan mereka telah memilih jalan dan haluan masing-masing. Semoga
dalam haluan yang berbeza ini, ia tidak menjadi penamat kepada segala
ikhtiar dan perjuangan masing-masing dalam mengangkat kedudukan terbaik
orang Melayu.
"Semoga keputusan paling sukar, namun paling perlu ini membuahkan
hikmah yang akan mengukuhkan dan membawa manfaat serta kebaikan jua
kepada Umno secara keseluruhan, " katanya pada sidang media selepas
program Ziarah Aidilfitri 2016 anjuran Yayasan Pasir Gudang di sini hari
ini.
0 orang berkata:
Post a Comment